Friday, 9 December 2011

'hadiah' menjadi 'tak jadilah'

10/12... sebenarnya aku sudah set tarikh ni... aku ingat nak keluar ngan dia... jadi dari awal-awal lagi aku dah gosok baju semua... dan tujuan aku sebenarnya adalah untuk memberikan dia hadiah yang telah aku belikan... hadiah ulang tahun... :D penat jugak aku mencari hadiah yang istimewa ini, akhirnya jumpa juga... harganya boleh tahan jugak, tapi bukan selalu aku belikan dia hadiah macam ni... :) pada jam 7.12, aku mula sms dia... aku menegurnya seperti biasa... tetapi ada berita yang kurang menyenangkan daripada dia... dia tiba-tiba demam... kesiannyeee...:'(


aku pun berpesan kepadanya supaya jaga diri elok-elok... nanti cepat sembuh bolehlah kita keluar... pada malam tu aku risau la jugak keadaannya, takut bertambah teruk... hemm... pada jam 10.41, aku sms dia.... tapi dia lambat balas... tak lama lepas tu baru dia balas... dia cakap da kurang sikit, tapi pening dan penat... dan dia bagitahu aku yang dia tak jadi keluar esok, sebab dia sibuk... hemm... hati siapa yang tak kecewa bila dapat tahu macam tu kan... tak apalah... hadiah tu aku simpan je untuk ulang tahun masa hadapan... bagiku menjaga kesihatannya lebih penting daripada hadiahku, kerana bagiku hadiah boleh dibeli lagi, tetapi nyawa tidak sesekali... hemm, ok, aku mengaku aku tak mampu nak sembunyikan kekecewaan hatiku ini, tetapi cukuplah sekadar aku menggembirakan hati ini dengan menjaga kesihatannya sehingga dia betul-betul sembuh... sedih memang sedih, tapi sebab perasaan sayangkan dia yang tinggi, aku lupakan sahaja perancangan aku itu, demi kesihatannya... setitis air mataku menitik, ku selitkan dengan senyuman... semoga cepat sembuh yaya...<3


No comments:

Post a Comment