tiba-tiba aku terasa ade orang pegang bahu aku... aku tengok, rupenya boy... sedara diorang semua dah datang, diorang ajaklah aku jalan-jalan ngan diorang sekali... aku pun ajak diorang pergi tengok wayang... cerita Ombak Rindu...
kitorang beli tiket yang pukul 4.30 punye... tapi kitorang dapat seat DEPAN SEKALI... bengang betul aku... sakit kepala dibuatnya... tapi tak apelah... matlamatku sebenarnya nak tengok wayang ngan dia... <3 jadi tak kesah lah, asalkan dapat... sementara menunggu tu, kitorang pergi main arcade... boy yang ajak, kitorang ikut je... macam-macam la jugak diorang main kat dalam tu, aku hanya main game kereta sahaja... tu pun sekali je, boy yang main banyak kali... lepas main kereta, aku pergi beli token, aku tarik tangan dia suruh dia ikut aku... aku ajak dia main basketball... :) boy datang nak main sekali, aku pun biar je lah... lepas main tu, kitorang duduk-duduk... aku ajak dia jalan-jalan, tapi dia tak nak... aku ajak lagi, dia tak nak... dan kali yang ketiga aku ajak dia, dia masih tak nak... mengapa sukar sangat untuk dia memahami hati aku? aku mahukan dia, menemani aku berjalan-jalan, kerana inilah peluangku untuk berjalan bersama-sama dengannya... ye aku tahu, ummie berpesan kepada mereka supaya jangan berpecah, tetapi aku sudah bagitahu, yang kita akan berjumpa semula di tempat tadi untuk tengok wayang... tetapi kerana sifat menyayangi dan menjaga adiknya itu, dia tetap berkeras...
hatiku sangat terluka... tetapi aku tidak mahu menunjukkan kelukaan hatiku ini kepadanya, jadi aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja... bagiku, itu sahaja cara untuk mengelakkan kami daripada bertengkar... setiap langkahku, aku terkenangkan suaranya... setiap langkahku, aku terkenangkan senyumannya... dan setiap langkahku, aku terkenangkan pandangannya... setelah hampir setengah jam aku berjalan keluar, aku menelefon boy... aku memberitahunya tentang niatku untuk pulang... tetapi selepas itu, dia menelefon aku... dia meminta aku supaya berjumpa dengan dia sebentar... berkali-kali juga dia menelefon aku untuk memberitahu supaya berjumpa dengannya dengan cepat... aku pun berlari untuk mendapatkannya... ketika itu dalam fikiranku, dia mahu mengucapkan selamat tinggal... namun tekaanku jelas sekali tidak benar... sewaktu aku berjumpa dengannya, dia terus menarik tanganku... dan kemudian dia berbisik kepadaku, 'jangan la macam ni...'... bukanku sengaja untuk berkelakuan seperti itu, tetapi dia yang tidak dapat membaca keinginan hatiku ini... dan setelah agak jauh kami berjalan, aku menerangkan tentang perasaanku sepenuhnya kepada dia... aku tidak tahu sama ada dia memahami dengan sepenuh hati atau tidak, tetapi yang ku harapkan adalah begitu... kemudian dia mengajakku pergi ke Tutti Frutti... kami membeli aiskrim tersebut dan pulang semula ke tempat sedaranya berkumpul... pada jam 4.20, kitorang pun pergi tengok wayang... semasa menonton wayang itu, aku terdengar dia seakan-akan menangis... aku memandangnya, namun dia menyembunyikannya... aku lihat dia seperti kesejukan... lalu aku memberikan jaket yang aku pakai kepadanya... pada mulanya dia menolak, tetapi akhirnya dia menggunakannya juga... tak lama selepas itu, aku terdengar dia menangis lagi, aku memandangnya, dan aku menanyakan kepadanya... tetapi dia tidak mengaku, dan dia berlakon kononnya dia gelak sampai menangis... tetapi aku tidak sebodoh yang dia sangka, aku mengetahuinya... aku hanya tersenyum ketika dia berkata begitu... aku sambung menonton wayang... dan kemudian pada satu scene yang menyedihkan, aku dapati dia menangis lagi... aku memandang sedikit kepadanya... aku terlihat dia mengelap air matanya menggunakan jaketku... pada ketika itu, barulah dia tidak dapat menyembunyikannya... pada hatiku, tidak mengapa jika dia ingin menangis... aku tidak kesah... mungkin kerana dia malu jika aku melihatnya menangis... tidak mengapalah sayang, aku faham perasaanmu ketika itu... ;) pada awalnya aku ingin memegang tangannya, tetapi aku sudah dapat rasakan yang dia tidak akan mahu... kerana pernah dahulu aku ingin berbuat demikian, tetapi dia enggan... hemmmm.... tidak mengapalah...... pada jam 6.45, cerita itu pun habis... kitorang keluar pergi makan kat A&W... lepas makan terus balik... kitorang naik bas pergi KTM subang jaya... masa tu tren sangkut, jadi kitorang pun borak-borak kat situ... masa tu baru aku jadi rapat dengan sedara-sedara dia... aku dengan dia duduk satu kerusi, yang lain kerusi lain... masa tu jugak dia bagi aku hadiah, dia cakap hadiah hari jadiku... seutas jam tangan... terima kasih sayang... <3 aku amat menghargainya... pukul 9.30, kitorang naik tren... smpai KTM shah alam, kitorang duduk berborak kejap sambil menunggu masing-masing balik... diorang semua balik dulu, aku orang terakhir yang balik... masa aku duduk sorang-sorang kat situ, aku teringat balik dia menangis... comelnyaa... :') hehee... itulah kenanganku yang terindah pada hari ini... aku berharap dapat lepak ngan diorang semua lagi sekali... indahnya saat kita semua ketawa riang... aku amat merinduinya... kan ku catat tentang kerinduan ku kepadanya... dialah yaya... penghibur hatiku...<3




No comments:
Post a Comment