sebenarnya, cita-cita aku saling berubah... kerana melihat kepada keadaan semasa, aku seperti terikut-ikut untuk menjejakinya... tetapi ada sesuatu yang aku ingin ceritakan... keluargaku sangat memahami diriku yang pada dahulunya bercita-cita ingin menjawat jawatan Pengarah Bomba Malaysia, berubah kepada seorang pelakon... banyak yang aku pelajari mengenai cita-cita... ia bermaksud suatu pekerjaan yang anda mahu lakukan pada masa hadapan yang anda inginkan... pada bidang cara umum ketika ini, semua mengetahui cita-citaku yang mahu menjadi seorang akauntan, tetapi terselit disuatu pandanganku untuk bercita-cita menjadi penulis lirik lagu... aku sudahpun berjaya menghasilkan sebuah lirik lagu hasil karya aku bersama rakan baikku, nesa... lagu yang bertajuk Mimpi... aku sememangnya mahu laguku dinyanyikan oleh penyanyi kegemaranku iaitu Faizal Tahir... namun apakan daya, setelah segala usaha yang telah aku lakukan, tawaranku ditolak disebabkan minda mereka yang tidak mempercayakan karya seni seorang remaja yang baru berusia 17 tahun... pernah juga aku membincangkan tentang perkara ini bersama orang kesayanganku, namun maklum balasnya amat mengecewakan... caranya seperti tidak mengizinkan aku untuk meneruskan cita-cita tersebut, tanpa memberi sebarang alasan... setiap kali aku membincangkan tentang perkara tersebut, beliau mula mengorak langkah untuk tidak membenarkan aku meneruskannya... aku masih tertanya-tanya mengapakah beliau melakukan tindakan tersebut, namun masih tidakku dapat jawapannya... bagiku pekerjaan tersebut mulia, kerana merupakan rezeki yang halal... tetapi tidak mengapalah... walaupun ada sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa mengejar cita-cita itu lebih penting daripada mengejar cinta, tetapi bagi falsafah hidupku, dunia ini tidak bererti tanpa cinta seorang kekasih... dan dengan itu,
demi mendapatkan cintaku terhadap dirinya, ku sanggup meninggalkan citaku untuk selamanya.... dan inilah dia lirik ciptaan aku bersama rakanku yang sudah aku anggapnya sebagai kakakku sendiri, iaitu nesa... ku berdoa agar lirikku ini dapat dinyanyikan oleh penyanyi terkemuka negara suatu hari nanti... berhiburlah...:')
aku takut
saat kau pergi
ku tak mampu
tuk terus berdiri
dan kini aku
mengharapkan kasihmu
pulang pada diriku
mengembalikan cinta
yang dulu pernah bersama
pemergianmu amat dirasai
jauh disudut hati
aku lemah tanpamu
benar aku jujur
ingin aku lari
dari mata ini
melihat kemesraan kamu
benar aku rindu
(korus)
kan kuberhenti disini
hanya mengharap mimpi
agar bisa menggantikan dirimu
yang sentiasa ku rasakan rindu
memiliki mencintai
aku cuba dengan telus
membolosi pintu hatimu
tetapku cuba tanpa henti
dengan harapan kaukan kembali
berdesis suara kecil hatiku
(ulang korus)
sudah cukupku rasakan
segala kepedihan
yang ku alami
yang ku tempuhi
yang kau berikan
yang kau lemparkan
(ulang korus)
agar bisa menggantikan dirimu
yang selalu ku rasakan rindu
dengan penuh perasaan... aku sayangkan kau yaya...<3
comelkan? thats what i mean...;)
No comments:
Post a Comment